Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.
Kursus ini diperkenalkan untuk memberi pemahaman asas kepada peserta mengenai konsep dan teknik fotografi. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan fotografi menggunakan telefon pintar serta memahami penggunaan Aperture, Kelajuan Pengatup (Shutter Speed), Dedahan (Exposure), dan ISO. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan.
Kursus ini mengajarkan teknik pengambilan video yang efektif dalam menyampaikan cerita visual yang menarik dan berkesan. Dengan pendekatan yang berfokus pada teknik storytelling visual, kursus ini akan membantu peserta mengubah idea dan konsep menjadi video yang mampu menarik perhatian dan memberikan impak yang lebih mendalam berbanding gambar statik.
Peserta akan didedahkan kepada kemahiran mencipta kandungan dan pemilihan kandungan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Penggunaan pelbagai aplikasi dalam membina dan merekabentuk kreatif kandungan media social.