Jom Sertai kelas interaktif Burger Kreatif , Rasa Eksklusif! yang direka khas untuk semua peringkat umur!
🍔 Pelajari cara buat burger homemade yang juicy, sihat & ikut citarasa sendiri dari daging, sos hinggalah ke topping kreatif!
🌟 Resipi mudah, bahan segar & teknik menarik . Sesuai untuk beginner atau sesiapa yang nak cipta burger viral dari rumah.
📅 29 Jun 2025 (Ahad)
🕛 12:00 PM – 12:30 PM
📍 Penyertaan Terbuka Kepada Semua
💡 Jangan lepaskan peluang ini untuk cipta burger versi anda sendiri lebih segar, lebih eksklusif!
Jom Sertai kelas interaktif "Roti Bun Sendiri Lebih Bersih, Lebih Berkhasiat!" yang direka khas untuk semua peringkat umur!
🌾 Pelajari asas pembuatan roti bun dari rumah , kenali bahan-bahan utama, teknik bancuhan dan pembuatan serta tip untuk hasilkan roti yang sedap , gebu dan segar !
🍞 Jangan lepaskan peluang untuk lebih mahir di dapur dan hasilkan roti sendiri yang lebih selamat & berkhasiat!
📅 28 Jun 2025 | 12:00–12:30 PM
Jom Sertai Kelas Eksklusif: Rasa Warisan Nyonya Asli !✨
Belajar resepi autentik Nyonya penuh rasa dan nostalgia. Sesuai untuk jualan atau hidangan istimewa keluarga. Teknik mudah, bahan asas dan tips penyediaan dikongsikan!
✨Jom Sertai Kelas Eksklusif: Pistachio Kunafa Brownies!✨
Belajar cara buat Pistachio Kunafa Brownies gabungan kunafa rangup dan brownies coklat moist dengan taburan pistachio mewah. Sesuai untuk jualan premium atau hidangan istimewa keluarga. Peserta akan diajar teknik mudah dari penyediaan bahan hingga tips pembungkusan.
✨ Belajar Cara Pembuatan Pie Quiche✨
Nak hidangkan sesuatu yang special dan lain daripada kebiasaan? Pie Quiche adalah pilihan yang sangat sesuai, sama ada untuk juadah berbuka puasa, moreh atau raya nanti bersama keluarga dan rakan-rakan! 🥧🌙
PENCARIAN COOKING STAR - NADI MAHIR MASAK 👨🏻🍳🍞🍪🍔☕🍹👩🏻🍳
NADI Mahir akan mengajurkan satu pertandingan masak yang akan dipertandingkan di peringkat Negeri dan seterusnya di bawa ke peringkat NADI Annual Conference.
Oleh yang demikian, kami ingin memohon petugas untuk mencalonkan 1 peserta mewakili NADI anda. 1 penyertaan untuk 1 NADI.
Penghantaran borang penyertaan : 11 Mac - 10 April 2025
Alami sendiri keunikan warisan kulinari yang kaya dengan sejarah serta cita rasa yang memikat! Dalam kursus ini, anda akan belajar menyediakan hidangan autentik Baba Nyonya.
Pelajari teknik mudah serta rahsia istimewa untuk menghasilkan kek Tiramisu yang lembut, berkrim, dan memikat! Sesuai untuk perniagaan mahupun hidangan istimewa keluarga tercinta, setiap gigitan pasti meninggalkan kenangan manis.
Kursus NADI MAHIR MASAK ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan, resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.